mazlan

Sunday, March 2, 2014

Refleksi...


Ini artikel lama.  Sukar untuk menerima kenyataan dan mempercayai kandungan artikel tersebut kerana ada kebenarannya.  Masa zaman sekolah dulu, PSV...dulu tahun 1980-an dipanggil 'lukisan'...kena lukis alam benda, permandangan dan grafik.  Terkenang guru-guru yang pernah mengajar sejak zaman sekolah rendah dulu...terima kasih Cikgu Nafsiah.  Zaman sekolah menengah pula...Cikgu Haron dan terutama Cikgu Cheman (cikgu saya dari sekolah menengah sampai kini...kita memang rapat).  Masa zaman sekolah menengah dulu, seni biasanya dilihat sebagai subjek untuk pelajar yang dikatakan lemah akademik...masa tu dirujuk sebagai subjek untuk kelas 'hujung'.