mazlan

Saturday, December 11, 2010

Sajak SSPNS 2010 oleh Mohd. Irfan Nyia Abdullah

Seminar 1
(Buat Mazlan-bentang kertas kerja kali pertama)


Lenggok detik setia
damai gendang rasa
alun fikir intelektual
dijerut tangan gelisah
jantung rancak
tanpa sediakala
tanpa lelah.


 
Zikir dan doa
bertamu kembali
mentasbih jiwa jaya
bawah lindung redha-Nya




m.irfan nyia abdullah
22.10.2010-Hotel Berjaya Penang

Abstrak Kertas Kerja SSPNS November 2010

Sarang Putu Tradisi Melayu:
Penerapan Konsep Acuannya Dalam Karya Seni Cetak


Oleh

Mazlan bin Hj. A. Karim dan A. Rahman Hj. Mohamed
Pusat Pengajian Seni,
Universiti Sains Malaysia


Abstrak


Sarang kuih putu atau koya merupakan sejenis alat domestik dalam kesenian Melayu yang diperbuat daripada kayu. Sarang putu ini mempunyai rongga bersifat terbuka dan diukir pada dasarnya dengan pelbagai bentuk motif dan saiz kuih. Ianya sejenis seni fungsional iaitu bersifat gunaan yang mempunyai fungsi dan tujuan tertentu bergantung kepada penciptaannya. Dalam perkembangan seni cetak kontemporari tanahair sejak 1940-an, bentuk karya seni cetak tradisi lebih cenderung kepada sifat dua dimensi. Walaubagaimanapun, mulai 1980-an perubahan stail dalam proses seni cetak iaitu penemuan teknik baru dalam proses membuat imej seni cetak melalui usaha eksperimen terhadap bahan dan teknik beberapa orang pelukis seni cetak Malaysia. Oleh itu, kertas kerja ini akan memfokuskan kepada penerokaan teknik dan bahan beberapa pelukis seni cetak tanahair iaitu Juhari Said dan Rosiah Mohd. Nor yang menerapkan konsep acuan kuih tradisi Melayu dalam proses pengkaryaan mereka. Karya-karya seni cetak tradisi yang lazimnya bersifat dua dimensi, kini berlaku transisi kepada karya seni cetak bersifat tiga dimensi.


Kata Kunci: Sarang Putu, Karya Seni Cetak, Kesenian Melayu dan Acuan

 
(This paper was presented at the 2nd Social Sciences Postgraduate National Seminar, Berjaya Georgetown Hotel, Penang: November 22-23, 2010)  (Sesiapa yang berminat untuk membaca manuskrip penuh boleh email pada saya)




Bergambar bersama rakan pembentang, Mohd. Irfan Nyia Abdullah dan kenalan baru Aziz yang berasal daripada Nigeria.







Sunday, October 31, 2010

Masa Depan Seni Lukis Malaysia


Ini artikel tahun 2005.  Mungkin berguna kepada individu yang berminat untuk mengikuti perkembangan seni lukis tanahair.

Saturday, August 21, 2010

Pameran Hasil Penyelidikan APM UM 2010


Pada 18 Ogos 2010 lepas ku singgah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.  Singgah sementara menunggu jam 11.00 pagi untuk berjumpa Kak Izan Tahir di studionya yang berdekatan dengan UM.  Pengalaman melihat pameran hasil penyelidikan tu memberikan banyak idea terutamanya yang berkaitan dengan penyelidikan.  Bagus juga jika pameran seni visual turut memaparkan beberapa penerangan tentang hasil kerja pengkarya.  Bukan semua audien atau pengunjung memahami 'bahasa tampak' seni visual ni. 





Jadi, dengan adanya paparan bertulis mengikut format tertentu sudah tentu memudahkan pengunjung untuk memahami sesuatu kasil kerja pelukis. Idea ini amat sesuai dilaksanakan pada pameran peringkat sekolah-sekolah, institusi pendidikan guru dan juga IPTA.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan...

Ya Allah ya Tuhanku, di ambang RAMADHAN yang barakah ini, muliakan dan sayangi insan yg sedang membaca kiriman ini.  Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkatilah rezekinya, kuatkan imannya, berikan kenikmatan beribadah, jauhkan dari fitnah, suburkan benih JIWA KEISLAMANNYA dengan penuh rasa kasih sayang...Amin...SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN dariku sekeluarga...

Tuesday, August 3, 2010

Temu Bual Bersama Dr. Chew Teng Beng

Takku sangka, panggilan telefon ke rumah Dr. CTB dijawab oleh beliau sendiri.  Selalunya Dr.CTB ada di New York dan memang rezekiku dapat temu bual beliau.  Akhirnya, tanggal 28 Julai 2010, aku bertandang ke rumah dan juga studio beliau di Solok Brook, Pulau Pinang.  Janji satu jam aje, melarat sampai satu jam setengah tapi Dr. CTB sporting dan belanja aku coke lagi.  Suasana di ruang tamu rumah beliau itu juga studio dia berkarya.  Painting besar-besar dan beberapa sample paper cast beliau yang menjadi trademark sejak 1960-an lagi tu.  Bertuah aku dapat jumpa pertama kali, berbual dan melihat contoh-contoh kajian papermaking pengajian PhD beliau.

Kenangan Bersama Pengakap CCCU

Antara pengalaman berharga adalah memimpin kumpulan pengakap CCCU beberapa tahun lepas.  Gambar ni rakaman kursus manikayu peringkat 1 di Kem Sri Keluang, Besut, Terengganu.  Semua pelajar PISMP-Kolaborasi luar negara berkumpul mengikut uniform masing-masing.