mazlan

Saturday, December 11, 2010

Abstrak Kertas Kerja SSPNS November 2010

Sarang Putu Tradisi Melayu:
Penerapan Konsep Acuannya Dalam Karya Seni Cetak


Oleh

Mazlan bin Hj. A. Karim dan A. Rahman Hj. Mohamed
Pusat Pengajian Seni,
Universiti Sains Malaysia


Abstrak


Sarang kuih putu atau koya merupakan sejenis alat domestik dalam kesenian Melayu yang diperbuat daripada kayu. Sarang putu ini mempunyai rongga bersifat terbuka dan diukir pada dasarnya dengan pelbagai bentuk motif dan saiz kuih. Ianya sejenis seni fungsional iaitu bersifat gunaan yang mempunyai fungsi dan tujuan tertentu bergantung kepada penciptaannya. Dalam perkembangan seni cetak kontemporari tanahair sejak 1940-an, bentuk karya seni cetak tradisi lebih cenderung kepada sifat dua dimensi. Walaubagaimanapun, mulai 1980-an perubahan stail dalam proses seni cetak iaitu penemuan teknik baru dalam proses membuat imej seni cetak melalui usaha eksperimen terhadap bahan dan teknik beberapa orang pelukis seni cetak Malaysia. Oleh itu, kertas kerja ini akan memfokuskan kepada penerokaan teknik dan bahan beberapa pelukis seni cetak tanahair iaitu Juhari Said dan Rosiah Mohd. Nor yang menerapkan konsep acuan kuih tradisi Melayu dalam proses pengkaryaan mereka. Karya-karya seni cetak tradisi yang lazimnya bersifat dua dimensi, kini berlaku transisi kepada karya seni cetak bersifat tiga dimensi.


Kata Kunci: Sarang Putu, Karya Seni Cetak, Kesenian Melayu dan Acuan

 
(This paper was presented at the 2nd Social Sciences Postgraduate National Seminar, Berjaya Georgetown Hotel, Penang: November 22-23, 2010)  (Sesiapa yang berminat untuk membaca manuskrip penuh boleh email pada saya)




Bergambar bersama rakan pembentang, Mohd. Irfan Nyia Abdullah dan kenalan baru Aziz yang berasal daripada Nigeria.







No comments:

Post a Comment